Polis mohon bantuan kesan Mohammad Adam Firdaus

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Padang Tembak di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Mohammad Adam Firdaus Abdul Rahman, pada 11.08 malam hari sama.

“Mohammad Adam Firdaus berketinggian 140 sentimeter, berbadan kurus dan berkulit sawo matang.

“Dia disedari hilang oleh ibu saudaranya selepas pulang dari kedai runcit berhampiran yang mendapati dia tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, remaja itu kali terakhir dilihat memakai baju warna biru dan berseluar hitam serta kasut sekolah berwarna hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis atau hubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Amirol Shakba melalui talian 012-2654693 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh 05-2451500. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI