Polis mohon kesan wanita orang Asli hilang

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita orang Asli berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang pada petang 4 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan polis berhubung kehilangan Nurziana Bah Nawar turut dibuat ibunya di Balai Polis Simpang Pulai pada jam 8.14 malam hari yang sama.

“Kali terakhir wanita terbabit dilihat di rumahnya di Jalan Keramat Pulai, Kampung Sinju, Simpang Pulai di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Kes, Sarjan Mejar Ahmad Zubir Alias di talian 016-427 5733.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Simpang Pulai di talian 05-357 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis minta orang ramai kesan tiga remaja perempuan hilang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI