Polis musnahkan pokok ketum, pondok haram di Batu Gajah

BATU GAJAH – Kira-kira 50 batang pokok ketum dan empat buah pondok yang digunakan untuk aktiviti memasak air ketum telah dimusnahkan dalam satu operasi penguatkuasaan di dua lokasi sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, operasi itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah bersama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh, semalam.

Menurutnya, operasi bermula jam 7.30 pagi hingga 1 tengah hari itu tertumpu di Batu 1 Jalan Tanjung Tualang dan Kampung Nala, Tronoh.

“Penguatkuasaan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi tanaman pokok ketum.

Polis musnahkan pokok ketum, pondok haram di Batu Gajah
Antara pondok haram yang dibina di atas tanah kerajaan bagi tujuan memproses air ketum di Batu Gajah. Foto ihsan Facebook Polis Daerah Batu Gajah

“Ia bertujuan untuk memusnahkan pokok ketum dan pondok-pondok yang terletak di atas tanah milik kerajaan yang terlibat menjalankan aktiviti penyalahgunaan ketum,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 35 anggota dan pegawai dari IPD Batu Gajah, serta dibantu 30 pegawai dari PDT Kinta dan PTG Ipoh, lengkap dengan jentera seperti lori dan mesin jengkaut.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti ketum boleh menyalurkannya dengan menghubungi IPD Batu Gajah di talian 05-3629222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ops Khas Ketum: 2,000 pokok dimusnahkan di Labu Kubong

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI