Polis Perak terima peruntukan lebih RM40 juta tahun lalu

LENGGONG – Polis Kontinjen Perak menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan lebih RM40 juta bagi kerja-kerja penambahbaikkan kuarters dan pembaikan bangunan serta fasiliti tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM29.49 juta diterima pihaknya di bawah Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk tahun 2023 sehingga 2025.

Katanya, peruntukan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu disalurkan melalui dua skop kerja iaitu secara terus kepada kontinjen negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Polis Perak terima peruntukan lebih RM40 juta Azizi kuarters bangunan fasiliti JKR IPD IPD balai polis
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris pada sidang media sempena lawatan kerja meninjau kerja-kerja pembaikan kuarters di Balai Polis Lenggong pada Jumaat.

Jelas beliau, daripada jumlah itu pula, sebanyak RM25.26 juta diperuntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan kuarters polis di seluruh negeri.

“Peruntukan ini dilaksanakan di 90 lokasi kerja melibatkan 844 unit kuarters di baik pulih termasuk kerja-kerja infrastruktur sistem bekalan air, sistem bekalan elektrik, sistem pembentungan dan jalan.

“Sementara itu, RM4.23 juta diperuntukkan bagi pembaikan empat unit lif di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput dan penggantian tujuh unit lif di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan IPD Taiping,” katanya.

Polis Perak terima peruntukan lebih RM40 juta Azizi kuarters bangunan fasiliti JKR IPD IPD balai polis
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris ketika mengadakan lawatan kerja meninjau kerja-kerja pembaikan kuarters di Balai Polis Lenggong pada Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Lawatan Kerja Ketua Polis Perak ke Tapak Kerja-kerja Pembaikan Kuaters Balai Polis Lenggong, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood; Ketua Jabatan Logistik IPK Perak, Superintendan Hisyamuddin Mohd Baharin dan Jurutera Jalan JKR Daerah Hulu Perak, Suffian Buhari.

Mengulas lanjut Azizi berkata, setakat ini kerja-kerja yang dilaksanakan JKR itu telah siap di 18 lokasi, sementara 51 dalam pelaksanaan dan 23 di peringkat perolehan.

Sementara itu beliau memberitahu, Polis Kontinjen Perak turut menerima peruntukan sebanyak RM10.72 juta bagi kerja-kerja pembaikan bangunan dan fasiliti serta perolehan aset bagi tahun lalu di 61 lokasi.

Jelas beliau, ia meliputi kerja-kerja pembaikan am dan mengecat semula bangunan IPK Perak, IPD Kuala Kangsar, IPD Pengkalan Hulu.

“Di bawah peruntukan sama, turut diadakan kerja pembaikan bangunan Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak yang terbakar pada Jun tahun lalu, serta pembinaan semula pagar dan pos pengawal IPD Tapah yang roboh akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.

Polis Perak terima peruntukan lebih RM40 juta Azizi kuarters bangunan fasiliti JKR IPD IPD balai polis
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris ketika mengadakan lawatan kerja meninjau kerja-kerja pembaikan kuarters di Balai Polis Lenggong pada Jumaat.

“Selain itu, turut diperuntukan kepada pembaikan unit kuarters yang rosa dan tidak dapat diduduki di IPD Pengkalan Hulu, Balai Polis Tanjung Malim dan Balai Polis Lenggong,” katanya.

Tambah Azizi lagi, peruntukan sama turut disalurkan kepada pembaikan dan perolehan aset kepada 23 balai polis meliputi ruang kaunter pertanyaan, penambahan penyaman udara, set komputer dan sebagainya.

Mengulas tentang lawatan, beliau berpuas hati dengan perkembangan terkini terhadap kerja-kerja penambahbaikan kuarters di Balai Polis Lenggong.

Kata beliau, bangunan kuarters berkenaan yang kini mampu menempatkan lapan keluarga anggota polis itu setiap satu unit terdiri daripada tiga bilik tidur dengan kesemuanya dianggarkan berkeluasan 1,400 kaki persegi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

70 kes jenayah direkodkan di masjid, surau – Polis Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI