Polis rampas 20 kilogram heroin, kelindan lori ditahan

IPOH – Polis menahan seorang kelindan lori dan merampas 44 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 19.25 kilogram (kg) bernilai RM220,000 di Meru, di sini Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sewaktu mengeluarkan dadah tersebut daripada bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta jenis Perodua Bezza sekitar jam 11.20 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah membuat pemerhatian selama 20 minit sebelum menahan suspek terbabit.

Tambahnya, suspek terbabit dipercayai sedang menunggu pelanggan ketika tangkapan dibuat.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemui 44 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 19,246 gram bernilai RM220,000.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Suspek juga mempunyai 13 rekod kesalahan lampau melibatkan kes dadah dan jenayah,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama IPK Perak, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan sindiket terbabit dipercayai mula aktif dapam pengedaran dadah sejak Oktober 2024.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan dan sekitar negeri Perak serta boleh digunakan 40,000 orang penagih,” jelasnya.

Ujar beliau, suspek direman selama enam hari mulai semalam sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Zulkafli berkata, sebanyak 20,458 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu.

Beliau berkata, JSJN Perak turut merampas 259.6 kg dan 32.12 liter pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan hampir RM9.8 juta (RM9,795,198.82) serta nilai sitaan berjumlah hampir RM8 juta (RM7,945,204.90).

“Dadah yang dirampas termasuklah tradisional dan sintentik antaranya, ganja, heroin, syabu, ketamin dan kafein.

“Selain itu, 598 penagih dadah telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rakyat Malaysia ditahan edar dadah bernilai RM120,000 di Sungai Golok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI