Polis rampas dadah bernilai RM1.96 bilion tahun ini – KPN

KUALA LUMPUR – Polis merampas dadah bernilai RM1.96 bilion untuk tempoh antara Januari hingga 14 September tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Menurut beliau, sebanyak 174,134 kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 sepanjang tempoh tersebut, melibatkan 189,788 tangkapan pelbagai peringkat merangkumi pengedar, pembekal, kurier serta penagih.

“Daripada hasil operasi tersebut, JSJN berjaya merampas dadah dalam bentuk pepejal seberat 83,305 kilogram (kg), manakala rampasan dadah dalam bentuk cecair adalah sebanyak 69,155.85 liter,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), di sini, hari ini.

Mohd Khalid berkata, kejayaan operasi yang dilakukan itu membuktikan bahawa risikan berterusan, tindakan tegas penguatkuasaan dan sokongan masyarakat adalah kunci dalam membanteras sindiket dadah.

“Saya ingin menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran, pemilikan, perlindungan, atau apa jua bentuk aktiviti dadah,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Khalid menaguh kerjasama rakyat dalam memerangi ancaman.

” Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti sindiket dadah melalui talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di 012-208 7222,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI