Polis sahkan 131 warga asing, termasuk Rohingya lolos dari depot Imigresen

TAPAH – Seramai 131 lelaki warga asing dari Myanmar termasuk etnik Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 9.50 malam.

Katanya, dalam kejadian itu seorang daripada mereka telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 335 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.

“Daripada jumlah lelaki berkenaan, 115 terdiri daripada etnik Rohingya dan 16 orang merupakan warga Myanmar.

“Pencarian kesemua tahanan yang lolos dan siasatan masih diteruskan dengan bantuan Pegawai dan Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, usaha menjejaki tahanan yang lolos sedang giat dijalankan pihak polis.

Justeru tambah Mohd Naim, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4015222. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

132 PATI Rohingya lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI