Polis sahkan mayat bayi perempuan ditemui dalam parit

PARIT – Polis mengesahkan mayat seorang bayi disyaki baharu dilahirkan yang ditemui di dalam parit berhampiran tapak pembinaan hospital baharu Seri Iskandar merupakan bayi perempuan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mayat bayi perempuan berkenaan ditemui tanpa berpakaian dan tali pusatnya disyaki telah dipotong.

Menurut beliau, pihak polis telah menerima maklumat kejadian pada jam 3.15 petang.

“Mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan tenggelam dalam parit dan pemeriksaan secara fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan luar.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Isnin jam 9.00 pagi di Hospital Changkat Melintang oleh pakar perubatan forensik Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) Ipoh,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, bedah siasat yang dijalankan bertujuan mengenalpasti punca kematian bayi perempuan berkenaan.

Ujar Hafezul Helmi, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusuh di talian 013-9740294,” katanya.

MG Perak sebelum ini melaporkan mayat seorang bayi dipercayai dibuang ditemui lemas di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar, di sini, pada Ahad.

Penemuan berkenaan dikongsi salah seorang penduduk di kawasan berhampiran selepas melihat kenderaan polis di lokasi berkenaan membawa mayat bayi tersebut.

Difahamkan bayi tersebut dibuang ke dalam longkang dipenuhi air oleh seorang remaja lelaki yang tidak dikenali identitinya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat bayi dipercayai dibuang di longkang ditemukan lemas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI