Polis sahkan penahanan Che’gu Bard untuk siasatan hasutan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan Che’gu Bard bagi menyiasat video tular memaparkan ceramah berunsur hasutan dan dakwaan tidak berasas berhubung institusi diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M.Kumar a/l S.Muthuvelu berkata, aktivis politik berusia 47 tahun itu ditahan lebih kurang 10.25 malam, semalam bagi membantu siasatan dan permohonan reman di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah akan dibuat pada hari ini.

Menurutnya, penahanan itu dibuat selepas polis mengesan satu hantaran di media sosial oleh akaun TikTok edume@4mrankiamat yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Che’gu Bard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

Siasatan berhubung penularan video tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejurus laporan polis diterima.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, jika disabitkan, denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan Yang mendatangkan khianat awam dengan niat Hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam, jika disabitkan Penjara boleh sampai 2 tahun atau dengan denda atau dengan kedua- duanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula penggunaan tidak wajar kemudahan Rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, jika disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

Kumar menegaskan, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga boleh menimbulkan kegentaran awam serta Mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI