Polis serbu pusat hiburan, tumpaskan aktiviti edar dadah

MANJUNG – Polis berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah susulan serbuan di sebuah pusat hiburan di Sitiawan, dekat sini tengah malam Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas 152 pengunjung, 25 didapati positif dadah jenis ketamin, methamphetamine dan benzo.

Menurut beliau, daripada jumlah berkenaan, 14 terdiri daripada lelaki warganegara tempatan dan 11 perempuan warga Vietnam yang kesemuanya berumur antara 21 hingga 41 tahun.

“Kesemua mereka yang positif dadah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Daripada keseluruhan tangkapan tersebut, seramai enam orang perempuan warganegara Vietnam ditahan kerana disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO di dalam premis tersebut tanpa memiliki sebarang permit kerja yang sah.

“Seorang penjaga premis juga ditahan kerana disyaki telah menggaji warganegara asing bekerja di dalam premis tersebut tanpa sebarang permit kerja yang sah.

“Kesalahan disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen55 (b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau lagi, berdasarkan siasatan, polis mendapati aktiviti pengedaran dadah dipercayai mula aktif sejak tiga bulan lalu.

Terdahulu, Mohd Yusri memaklumkan, serbuan itu dilakukan ekoran penahanan seorang lelaki berusia 28 tahun di hadapan sebuah pusat hiburan di Sitiawan pada jam 12.35 tengah malam Ahad.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan, pihak polis menemukan dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggar bernilai RM2,936.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai Rekod kesalahan lampau kes jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 10 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya lagi. -MG Perak

Artikel Berkitan:

Baru dua bulan edar dadah, dua lelaki dicekup polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI