Polis siasat lebih telus kes rogol babitkan sarjan

IPOH – Polis Kontinjen Perak akan menjalankan siasatan lebih telus membabitkan pegawai rendah polis berpangkat sarjan yang disyaki terbabit dalam kejadian rogol membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis turut memberi jaminan siasatan itu akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan.

Menurutnya, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan beberapa perkara sebelum siasatan dapat diselesaikan segera.

“Kita akan menjalankan siasatan telus tanpa mengira subjek berkenaan termasuk warga polis sendiri.

“Perkara ini akan kita selesaikan dalam tempoh terdekat kerana kalau kes ini straight forward, kita boleh terus (ambil tindakan), jika tidak maka ada beberapa subjek lain yang kita perlu kesan,” katanya.

Polis siasat lebih telus kes rogol babitkan sarjan
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memberi ‘goodies beg’ kepada peniaga pada Program High Profile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak sempena sambutan Hari Thaipusam Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program High Profile Policing Polis Perak sempena sambutan Hari Thaipusam Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini pada Khamis.

Semalam media melaporkan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan dalam kejadian berasingan pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, pelajar tingkatan empat itu dirogol di dalam sebuah kereta di dua lokasi berasingan di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya ada menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Sementara itu, mengulas berhubung kes nelayan warga Thailand yang ditembak di perairan Pantai Remis kelmarin, Azizi berkata, pihaknya dalam proses mengenal pasti suspek kerana kejadian itu berlaku di tengah laut.

“Kita masih dalam proses untuk mengenal pasti penembak terbabit. Setakat ini, kita cuma mempunyai seorang saksi sahaja.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan kita masih siasat kes ini dilihat melalui pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga Thailand mati ditembak di kepala oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis pada Selasa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar tingkatan empat dakwa dirogol sarjan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI