Polis siasat pengiring TMJ didakwa serang OKU

KUALA LUMPUR – Salah seorang pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang disiasat selepas didakwa menyerang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 iaitu kerana menyebabkan kecederaan sukarela.

“Belum ada tangkapan lagi, jadi kami belum tahu mengapa lelaki itu diserang.

“Malah mangsa yang memfailkan laporan itu juga tidak pasti mengapa dia diserang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pengadu masih dirawat di hospital, beliau menjelaskan tidak berniat mengulas lanjut kerana dalam proses siasatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Sebelum ini tular pemandu e-hailing terbabit membuat laporan polis mendakwa dipukul di kepala oleh pengiring berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields sebelum diminta mengalihkan kenderaannya.

Susulan kejadian itu, mangsa dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI