Polis tahan anggota, bantu siasatan kes rogol pelajar

IPOH – Polis menahan seorang anggota berpangkat sarjan yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan dibuat di Ibu Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada Ahad itu bagi membantu siasatan polis.

Katanya, lelaki itu telah direman sehingga Rabu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita akan menjalankan siasatan dengan telus dan dengan terbaik untuk memastikan keadilan kepada pihak mangsa.

“Siasatan telus ini dijalankan tidak kira melibatkan mana-mana suspek walaupun ia melibatkan warga kerja kami sendiri,” katanya.

polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bergambar kenangan bersama kakitangan Lions Club Ipoh pada Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Live (H.E.A.L.) di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran bersama Lions Club Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Isnin.

Mohd Yusri memberitahu, pihak polis juga telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.

Selain itu, menurut beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga akan menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan selanjutnya di peringkat jabatan.

polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak polis tahan sarjan rogol pelajar Perak Tengah polis Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (empat, kanan) merasmikan Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Live (H.E.A.L.) anjuran Lions Club Ipoh di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2024.

Pada Rabu lalu, media melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan dalam kejadian berasingan pada Julai dan Oktober tahun lepas.

Pelajar tingkatan empat itu mendakwa anggota berkenaan merogol dirinya di dalam sebuah kereta di dua lokasi berasingan di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah.

Perbuatan itu diketahui selepas ibu pelajar terbabit mendesak anaknya sehingga mangsa membongkar perbuatan suspek berusia 42 tahun sebelum membuat laporan polis. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI