Polis tahan doktor disyaki cabul pelajar sekolah

PARIT – Seorang doktor lelaki ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pesakit perempuan bawah umur pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Hospital Changkat Melintang, di sini.

Menurut beliau, doktor berkenaan ditahan selepas mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga membuat laporan polis jam 9.14 malam, pada Selasa.

“Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang.

“Susulan itu, sepasukan pegawai polis menahan doktor berkenaan di hospital terbabit jam 2 petang, kelmarin.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Hafezul Helmi berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau turut memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bapa 6 anak mengaku bersalah rogol, cabul anak kandung

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI