Polis tahan lelaki, bantu siasatan pukul anjing sehingga mati

IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan rakaman video tentang insiden memukul seekor anjing menggunakan sebatang besi sehingga mati di Taman Arkid dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan pada 20 September lalu susulan laporan polus berhubung kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Menglembu pada sehari sebelum.

“Setakat ini, suspek berada dalam jaminan polis sehingga kertas siasatan dilengkapkan.

“Siasatan terhadap lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana penganiayaan terhadap haiwan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambah Abang Zainal Abidin, lelaki terbabit turut ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah terhadap ahli keluarga.

Susulan itu beliau meminta agar orang ramai untuk tidak menularkan semula sebarang rakaman video atau kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Kata beliau, sebarang maklumat berkaitan salah laku atau penganiayaan terhadap haiwan boleh disalurkan terus kepada pihak polis atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk tindakan lanjut.

“Polis Daerah Ipoh memandang serius sebarang isu melibatkan penganiayaan terhadap haiwan dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Lelaki pukul anjing hingga mati polis tahan lelaki pukul anjing, penganiayaan haiwan Ipoh, kes pukul anjing, Akta Kebajikan Haiwan 2015, ugutan jenayah Ipoh, SAFM, video tular anjing dipukul, kes polis Ipoh, berita penganiayaan haiwan, lelaki pukul anjing Taman Arkid
Tangkap layar video sosial media yang memaparkan seekor anjing berlumuran darah selepas disyaki dipukul seorang lelaki dengan menggunakan sebatang besi sehingga mati di Taman Arkid, Ipoh.

Terdahulu Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menerusi laman sosial Instagram memuat naik video berdurasi 1 minit 32 saat yang memaparkan seorang lelaki memukul seekor anjing dengan besi sehingga berlumuran darah.

Dalam video itu, seorang wanita dipercayai ibu suspek yang juga pemilik anjing terbabut cuba menghalang perbuatan tersebut namun lelaki itu enggan berhenti daripada terus cuba memukul haiwan malang berkenaan.

Justeru SAFM menggesa tindakan tegas diambil terhadap pelaku dan memastikan keadilan dapat ditegakkan agar dapat memberi mesej bahawa tiada kompromi terhadap sebarang tindakan kejam kepada haiwan di negara ini.

“Perbuatan zalim sebegini amat membimbangkan kerana individu yang sanggup menyakiti haiwan dengan kejam juga berpotensi mendatangkan bahaya kepada masyarakat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak sasar mandulkan 1,000 kucing, anjing tahun ini

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI