Polis tahan tiga lelaki disyaki jual dadah ketika konsert tahun baharu

PETALING JAYA- Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan di sekitar Selangor antara 8 hingga 12 Jan lepas.

“Hasil soal siasat ke atas mangsa yang terselamat mendapati ada antara mereka yang membeli pil ekstasi dalam konsert terbabit, serta ada juga mereka yang mendapatkan pil itu di luar konsert,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen advokasi keselamatan jalan raya sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di sini hari ini.

Polis sebelum ini menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tujuh pengunjung konsert itu yang mendapat rawatan selepas mengalami simptom yang sama dipercayai mengambil dadah.

Empat daripada mereka meninggal dunia, manakala tiga selamat dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu, Hussein berkata pihaknya akan mengetatkan syarat-syarat untuk penganjuran konsert bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Antara syaratnya ialah kita akan melihat jenis muzik yang dimainkan, jumlah kehadiran penonton bergantung kepada lokasi penganjuran selain pihak penganjur juga perlu memastikan mereka mempunyai kit bantuan kecemasan awal.

– BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI