Polis tahan wanita bakar motosikal

TAIPING – Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung insiden membakar motosikal yang mengalami tunggakan bayaran ansuran sebagaimana dalam video yang tular di media sosial, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, wanita berusia 40an itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada jam 7.30 malam.

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada wanita berkenaan yang tidak berpuas hati dengan penarik motosikal, selepas motosikal berkenaan mahu ditarik akibat mengalami tunggakan bayaran ansuran selama 20 bulan.

Justeru beliau berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda.

“Polis Taiping menyeru kepada masyarakat Taiping untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

“Sedia maklum, setiap perlakuan jenayah pastinya menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat setempat. Oleh yang demikian, Polis Taiping sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan daerah ini sentiasa selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohamad Nasir, terdahulu pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berhubung insiden seorang wanita membakar motosikal jenis Honda RSX, pada jam 4.27 petang di Jalan Masjid Pokok Assam, dekat sini, pada Khamis.

Tular di media sosial dua rakaman video berdurasi sekitar seminit memaparkan seorang wanita bertindak menyimbah cecair disyaki petrol ke atas sebuah motosikal sebelum membakarnya.

Melalui video berkenaan, perakam mendakwa pemilik motosikal tersebut masih tidak melunaskan pembayaran ansuran kenderaan itu yang tertunggak selama 20 bulan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Video tular: Lelaki dipukul sekumpulan individu, dakwa punca kemalangan 7 kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI