Polis teruskan siasatan kes suami isteri seleweng duit Zakat MAIPk

IPOH – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM9.62 juta membabitkan pasangan suami isteri yang ditahan pada 5 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini tiada lagi individu yang dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan tetap dijalankan walaupun pasangan berkenaan dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah pada hari ini.

“Setakat ini, tiada individu lain akan dipanggil bagi bantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mahkamah Majistret sebelum itu, membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari pada 6 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah dan tempoh reman tersebut dilanjutkan pada 12 Januari untuk tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan, pasangan suami isteri terbabit ditahan pada 5 Januari lalu bagi membantu siasatan kes berhubung syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pasangan itu ditangkap di Kuala Lumpur sekitar jam 12.35 tengah malam.

Menurutnya, kedua-dua mereka berperanan sebagai ejen kutipan zakan dan bukan kakitangan mana-mana pusat zakat di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan telah dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan kutipan zakat itu bermula bulan Mac hingga September 2023. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri seleweng zakat RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI