Polis tidak terima laporan ugutan daripada PATI lolos

TAPAH – Polis tidak menerima laporan daripada orang ramai berhubung ugutan melibatkan pendatang tanpa izin (PATI) yang lolos daripada Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari lalu sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi bagaimanapun memaklumkan orang ramai merasa terancam dengan kehadiran warga asing berkenaan.

“Tiada maklumat yang diterima berhubung ugutan kecuali orang ramai terasa terancam dengan kehadiran mereka (PATI),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan Ops Kesan di Kampung Sungai Kenoh, di sini, pada Ahad.

Polis tidak terima laporan ugutan daripada PATI
Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Mohd Naim Asnawi. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2024.

Dalam pada itu, Mohd Naim berkata, operasi mencari turut dilakukan menerusi pemantauan dua unit dron termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dari Bukit Aman.

Katanya, Unit K9 terbabit telah mula menjalankan pencarian sejak hari pertama tahanan terbabit meloloskan diri.

“Unit dron sangat membantu khususnya dalam penugasan sewaktu malam hari kerana kita dapat mengesan mereka melarikan diri termasuk Pasukan Gerakan Udara Polis yang membuat rondaan di udara dan juga elemen-eleman lain yang berada di daratan.

“Sebanyak 10 ekor Unit K9 Bukit Aman dibekalkan dengan kekuatan 15 anggota serta dibantu dua dron melibatkan tiga pengendali,” jelasnya.

Polis tidak terima laporan ugutan daripada PATI
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama anggota RELA ketika Op Kesan pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di Kampung Sungai Kenoh Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 FEBRUARI 2024.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan jumlah tangkapan PATI adalah seramai 51 orang setakat hari keempat Ops Kesan dijalankan.

Khamis lalu, MG Perak melaporkan, seramai 131 PATI berjaya meloloskan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

10 lagi Rohingya lolos berjaya ditangkap di ladang sawit

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI