Politikkan Isu Kg Sungai Baru Sehingga Ugut Mahu Bunuh PM Amat Tidak Bertanggungjawab – Kamil

129

IPOH – Tindakan pihak tertentu yang sengaja mempolitikkan dan mengaitkan isu Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur, dengan mendakwa sebagai kegagalan kerajaan adalah tidak bertanggungjawab.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) , Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pewartaan tanah kawasan berkenaan dibuat pada tahun 2021 ketika kerajaan diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut melibatkan PAS, BERSATU dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian daripada kerajaan pada ketika itu.

Katanya, tindakan sesetengah pihak termasuk yang mengugut untuk membunuh Perdana Menteri sebagai reaksi terhadap isu berkenaan juga disifatkan sebagai salah satu bentuk politik ekstrem yang harus ditolak. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini