PPS di Perak ditutup sepenuhnya

IPOH – Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori berkata kesemua enam mangsa daripada sebuah keluarga dibenarkan pulang setelah banjir surut.

“Setelah membuat pemantauan bersama agensi penyelamat serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai mendapati keadaan ketika ini telah selamat daripada bencana banjir.

“Semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPS berkenaan dibuka sejak 12 tengah malam tadi berikutan Kampung Klah Baru dilanda banjir.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI