Premis di Tapah ‘kantoi’ kenakan syarat pembelian minyak masak peket

TAPAH – Tindakan sebuah premis peruncitan yang mengenakan syarat pembelian terhadap minyak masak peket bersubsidi membawa padah apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 10.30 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota KPDN Negeri Perak, Cawangan Tapah, susulan aduan orang awam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis berkenaan mewajibkan pelanggan membeli barangan runcit lain sebagai syarat untuk mendapatkan minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi.

“Bertindak atas maklumat, kaedah penyamaran dan uji beli (test purchase) telah dijalankan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Pemeriksaan mendapati aduan adalah berasas apabila premis tersebut didapati mengenakan syarat pembelian terhadap barangan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 714kg minyak masak peket 1kg disita bersama dokumen perniagaan, lesen serta invois pembelian dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,785.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pengarah pasar mini didenda RM5,000, mengaku jual minyak masak lebih 60 sen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI