TAPAH – Sebanyak tujuh borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dibeli setakat ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan ringkas, pada Jumaat.
“Untuk maklumat, setakat ini tujuh borang pencalonan PRK DUN Ayer Kuning telah dijual,” katanya.
SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN berkenaam pada 26 April, dengan hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.
PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Pulau Pinang pada 25 Februari lepas. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
PRK Ayer Kuning: Mutu capaian Internet akan segera ditambah baik