PRK Ayer Kuning: Calon BN, PN bertembung kempen di pasar tani

TAPAH – Dua daripada tiga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bertembung ketika berkempen di Pasar Tani, Tapah Road, di sini, pada pagi Isnin.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir yang juga Setiausaha UMNO Tapah dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek bertembung pada jam 8.15 pagi dalam jadual bertemu pengundi di lokasi sama.

Kedua-dua calon mula bertemu pengundi di dua arah bertentangan sebelum bertembung di tengah pasar tani berkenaan.

Kedua-dua mereka sempat menyapa serta beramah mesra sebelum meneruskan kempen.

Pengikut kedua-dua parti mula berkumpul di pasar tani seawal jam 7.30 pagi menyatakan sokongan dan Mohamad Yusri atau dikenali sebagai Ustaz Yusri hadir sekitar jam 8.00 pagi, manakala calon PN sudah berada di lokasi.

Pengunjung Pasar Tani Tapah Road, Rokiah Saad, 61, berkata, dia tidak menyangka akan bertemu dengan dua calon PRK Ayer Kuning di lokasi berkenaan dalam waktu yang sama.

“Saya tengok kenapa ramai orang di jalan masuk pasar dan juga hujung pasar. Bila ditegur baru saya tahu mereka adalah bakal wakil rakyat yang sedang berkempen.

“Saya sempat berbual dengan kedua-dua mereka dan sebagai pengundi saya berharap mana yang menang jalankan tanggungjawab sebaiknya menjaga kami penduduk Ayer Kuning,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Yusri meluangkan masa menikmati sarapan pagi bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kassim, di sini. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga penjuru di PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI