PRK Ayer Kuning: Harap rakyat konsisten pilih BN – Ustaz Yusri

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN) berharap pengundi-pengundi akan terus konsisten memilih parti itu supaya parti itu dapat terus memberikan khidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra disapa Ustaz Yusri turut berpuas hati dengan perjalanan kempen sepanjang dan yakin pengundi akan menterjemahkannya pada hari mengundi esok.

“Pada hari terakhir (kempen) kita berharap pengundi memilih BN dan kita juga yakin dengan proses demokrasi.

“Saya pasti pengundi bijak memilih untuk menentukan calon yang boleh memberikan khidmat kepada mereka dan sudah pasti calon itu selari dengan kerajaan yang pada hari ini melibatkan kerajaan negeri dan juga kerajaan Pusat.

“Ini kerana ia akan memberikan signifikan yang jelas bahawa kita perlu bersama kerajaan untuk meneruskan pembangunan kawasan,“ katanya.

PRK Ayer Kuning: Harap rakyat konsisten pilih BN – Ustaz Yusri
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir hadir pada ziarah kasih rumah ke rumah di Kampung Pulau Tiga, pada Jumaat. Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan ziarah kasih rumah ke rumah di Kampung Pulau Tiga, pada Jumaat.

Ustaz Yusri secara peribadi berpendapat bahawa jentera BN telah melaksanakan yang terbaik dan mengamalkan politik matang sepanjang kempen berlangsung.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang akan berlangsung esok menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Ustaz Yusri; Abdul Muhaimin Malek sebagai calon PN, dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencalonkan Bawani KS. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: Ustaz Yusri garis 7 tawaran dalam manifesto

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI