PRK Ayer Kuning: ‘Inilah barisan kita’ iringi calon BN

TAPAH – Nyanyian lagu ‘Inilah barisan kita’ menjadi iringan kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir ketika berarak bagi menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada Sabtu.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu diiringi hampir 2,000 penyokong serta pemimpin daripada BN dan Pakatan Harapan (PH) negeri serta nasional menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah.

Inilah barisan kita PRK Ayer Kuning calon BN Ayer Kuning 2025 perarakan penamaan calon PRK Dr Mohamad Yusri Bakir UMNO Tapah pertandingan tiga penjuru Ayer Kuning Ahmad Zahid Hamidi, Saarani Mohamad kerjasama BN PH pilihan raya kecil Pusat Penamaan Calon Dewan Merdeka Tapah
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berarak membawa calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Antaranya adalah Pengerusi BN Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Sementara PH diwakili Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming serta Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang.

Inilah barisan kita PRK Ayer Kuning calon BN Ayer Kuning 2025 perarakan penamaan calon PRK Dr Mohamad Yusri Bakir UMNO Tapah pertandingan tiga penjuru Ayer Kuning Ahmad Zahid Hamidi, Saarani Mohamad kerjasama BN PH pilihan raya kecil Pusat Penamaan Calon Dewan Merdeka Tapah
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir sebelum ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Terdahulu kesemua mereka berkumpul di Arena TN50 Tapah seawal jam 7 pagi dengan situasi terkawal tanpa melibatkan sebarang provokasi.

Proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Inilah barisan kita PRK Ayer Kuning calon BN Ayer Kuning 2025 perarakan penamaan calon PRK Dr Mohamad Yusri Bakir UMNO Tapah pertandingan tiga penjuru Ayer Kuning Ahmad Zahid Hamidi, Saarani Mohamad kerjasama BN PH pilihan raya kecil Pusat Penamaan Calon Dewan Merdeka Tapah
Penyokong membawa poster calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori mengesahkan senarai calon yang bertanding selepas proses berkenaan yang berlangsung sejam selesai pada jam 10 pagi.

Calon BN yang juga mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Mohamad Yusri akan berdepan saingan daripada PN yang diwakili Pengerusi PN Tapah, Abdul Muhaimin Malek serta Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga penjuru di PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI