PRK Ayer Kuning: Jangan cetus provokasi melampau – Saarani

TAPAH – Semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang bentuk provokasi melampau sama ada menjelang atau dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, pada April nanti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebaliknya perlu diwujudkan situasi kempen harmoni dengan mematuhi perkara yang digariskan dalam Perlembagaan.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, tindakan dengan sengaja mencetuskan provokasi hanya akan menimbulkan kesan buruk seperti kegusaran orang awam.

“Jangan buat provokasi-provokasi yang boleh menyebabkan orang rasa resah dan gelisah.

“Justeru itu, dalam tempoh berkempen nanti, saya nasihatkan kepada diri saya dan juga semua pihak untuk jangan buat provokasi melampau.

“Patuhi undang-undang dan hormati hak pengundi. Jangan sekat, kurung, dan bawa lari kad pengenalan pengundi, sebaliknya biarkan mereka memilih kerana itu adalah hak mereka,” katanya.

PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning, kempen pilihan raya Perak, pilihan raya kecil Malaysia 2024, politik Perak, SPR PRK Ayer Kuning provokasi Saarani BN
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat reruai pameran pada Program KPKM Inc dan Riang Ria Raya Promosi dan Jualan Produk IAT Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MAC 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program KPKM Inc dan Riang Ria Raya Promosi Produk Industri Asas Tani (IAT) Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang, dekat sini, pada Selasa

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Pengarah Pertanian Negeri, Norsiyenti Othman.

Terdahulu media melaporkan, UMNO Bahagian Tapah tampil membuat laporan polis menafikan terlibat dalam pemasangan kain rentang ‘Bebas Najib – Hormat Titah Adendum’ seperti yang dikesan di beberapa lokasi di Ayer Kuning.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim dilaporkan berkata, semakan mendapati tiada mana-mana ahli di peringkat bahagian dan cawangan mengeluarkan kain rentang tersebut.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Isnin, sementara semua kain rentang tersebut telahpun diturunkan Majlis Daerah Tapah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak minta SKMM tambah baik capaian internet DUN Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI