PRK DUN Ayer Kuning: BN yakin masih dapat kepercayaan orang asli

TAPAH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin masyarakat orang asli akan kekal setia dan menyokong calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Ayer Kuning yang akan diadakan pada April ini.

Menurutnya, BN sentiasa memberi perhatian dalam membangunkan masyarakat orang asli dari semasa ke semasa.

“Kita tidak pernah meragui sepanjang saya berkecimpung dalam politik sokongan dan kesetiaan masyarakat orang asli.

“Ini kerana mereka tahu kita sentiasa memberi perhatian dan cuba sedaya upaya untuk membangunkan mereka. Jadi sebab itu, kita harap mereka akan terus memberi sokongan kepada calon daripada BN, Kerajaan Perpaduan.

“Justeru, kita akan terus dapat membuat kebajikan, ada kesinambungan di Dun Ayer Kuning. Semasa Datuk Sam (Datuk Samsudin Abu Hassan) jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pun turun padang, semasa arwah Ishsam (Ishsam Shahruddin) pun sama,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas menghadiri Program Gerakan Koperasi Santun Masyarakat Orang Asal Perak anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Batang Padang dan Muallim, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengerusi SKM, Datuk Norihan Jalal.

Sehubungan itu, Saarani memberi jaminan jika wakil rakyat BN terpilih pada PRK ini, pihaknya terus berikan perhatian kepada masyarakat orang asli.

Untuk rekod jumlah pengundi dalam kalangan Orang Asli di kerusi DUN Ayer Kuning adalah seramai 2,156 orang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Ayer Kuning: BN pinda tarikh umum calon ke 7 April

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI