PRK DUN Ayer Kuning: Jangan guna jentera, peruntukan kerajaan – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran, bahawa selepas proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dua hari lepas, semua pihak berkaitan tidak boleh menggunakan jentera atau peruntukan kerajaan bagi tujuan kempen.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan kerajaan adalah jelas, penggunaan jentera atau peruntukan kerajaan setelah penamaan calon sehingga hari mengundi, adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata pengumuman peruntukan RM6.13 juta oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bagi 33 projek pembangunan di kawasan Parlimen Tapah, termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, dibuat sebelum penamaan calon bagi PRK DUN Ayer Kuning.

“Pengumuman itu dibuat sebelum proses penamaan calon. Kalau selepas itu (penamaan calon) kita kena bagi amaran…tidak boleh,” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Pada 10 April lepas, Nga mengumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan dan infrastruktur awam di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI