KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
“Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing (pada PRN Sabah ke-17),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.
Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
Berita selanjutnya akan menyusul.
— BERNAMA