Program ‘game changer’ KKDW capai 95 peratus

IPOH – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah melaksanakan lebih 95 peratus program pencetus perubahan (game changer) sepanjang tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencapaian tersebut adalah hasil komitmen berterusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kos dan impak perbelanjaan yang disalurkan kepada semua kerajaan negeri turut memperlihatkan keberkesanan dengan pencapaian pelaksanaan setakat ini mencecah 95 peratus.

“Ini adalah beberapa contoh yang kita telah putuskan pada hari ini dan kita memberitahu kepada ahli-ahli Exco daripada setiap negeri untuk memberikan perhatian terhadap soal pencapaian kepada peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri melalui KKDW.

“Kita mahu memastikan perbelanjaan ini dilaksanakan secara kos efektif, dan pencapaian yang telah direkodkan setakat ini adalah sekitar 95 peratus.

“Sebanyak 42 ‘game changer’ yang telah kita perkenalkan turut memperlihatkan perubahan besar dengan pencapaian melebihi 95 peratus,” katanya yang juga Menteri KKDW.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) di Hotel Casuarina@Meru di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat kali yang ke-60 yang diadakan pada hari ini adalah bagi memperkukuh penyelarasan, pemantauan serta pertanggungjawaban semua pihak terlibat dalam memastikan agenda pembangunan luar bandar terus memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KKDW akan perluas sistem e-Penghulu ke seluruh negara

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI