Program GGB TIC bantu pelajar sambung pengajian tanpa berhutang

IPOH – Program Gerak Generasi Baru (GGB) yang dilancarkan oleh TAJ International College (TIC) dapat membantu pelajar melanjutkan pendidikan tanpa berhutang.

Pendekatan yang berkonsepkan belajar dan bekerja (learn and earn) akan memberi peluang kepada pelajar menjana pendapatan sampingan tanpa mengabaikan pendidikan mereka.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, Program GGB diperkenalkan bagi membantu pelajar yang ingin menyambung pengajian tanpa risau beban hutang selepas tamat pengajian.

Pengerusi Eksekutif Taj International College (TIC), Tina Tajuddin pada sidang media Gerak Generasi Baru (GGB) TIC Tangani Kos Sara Hidup dan Beban Kos Pengajian Tinggi di TAJ International College, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

“Idea Program GGB sebenarnya adalah untuk menggerakkan generasi kini kearah generasi bebas hutang.

“Kita hendak beri peluang, khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk belajar mencari dan menjana pendapatan sekaligus membiayai kos sara hidup dan kos pengajian tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada siding media Gerak Generasi Baru TIC Solusi Belajar Tanpa Hutan, di Bilik Mesyuarat TIC, di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Kinta Utara, Zabri Mat Basir.

Tambah Tina, Program GGB ini juga memberi pendedahan realiti alam pekerjaan kepada pelajar selain meningkatkan kemahiran mereka.

“Konsep belajar dan bekerja (learn and earn) bukan sekadar belajar, tetapi kita nak dia belajar ditambah dengan pengalaman kerja.

“Saya rasa kebanyakan pelajar yang mempunyai pengalaman kerja akan menjadi rebutan majikan,”ujarnya.

Program GGB tahun ini mensasarkan kira-kira kemasukan 1,000 pelajar baru yang akan memulakan pengajian pada hujung Julai nanti. – MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI