Program Hari Bertemu Pelanggan : 796 aduan berjaya diselesaikan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah menerima sebanyak 796 aduan daripada pengunjung yang hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) sejak siri pertama Januari tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 89 peratus atau 707 aduan yang diterima telah berjaya diselesaikan sementara baki 89 aduan masih dalam tindakan.

“Aduan-aduan yang masih belum selesai kerana sebahagiannya melibatkan urusan tanah dan urusan peruntukan yang melibatkan semua pihak.

“Hari ini, Kerajaan Negeri Perak telah menerima sebanyak 191 aduan melalui 68 kaunter yang dibuka pada Program HBP siri kelima,” katanya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu.
Foto : Abdullah Yusof

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024, Siri kelima, di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Menurut Saarani, program berkonsepkan bersemuka dengan pemimpin negeri itu membolehkan mereka menyelami masalah yang dihadapi rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.

“Bagi orang awam yang tidak berkesempatan hadir pada hari ini, tidak perlu risau kerana Program HBP siri seterusnya akan diteruskan pada setiap bulan dengan lokasi berbeza di Daerah seluruh negeri.

“Makluman terkini HBP seterusnya boleh diikuti melalui Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,”ujar beliau. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan selesaikan masalah – Pengunjung

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI