Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan selesaikan masalah – Pengunjung

MANJUNG – Program Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja memudahkan urusan rakyat malah membantu menyelesaikan hampir semua aduan yang diterima.

Malah rata-rata pengunjung menyifatkan program yang menyelami dan mendengar rintihan dihadapi rakyat negeri ini dianggap sebagai saluran tepat dalam mendapatkan maklumat serta menyelesaikan masalah.

Orang ramai hadir untuk menyampaikan aduan pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 di Dewan Merdeka, Seri Manjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Bagi pengunjung Ahmad Osman, 63, inisiatif kerajaan negeri mengadakan program tersebut sangat membantu dan memudahkan rakyat dalam menyelesaikan masalah.

“Hari ini saya diberi peluang untuk bertemu Exco Kerajaan Tempatan bagi membincangkan masalah yang saya hadapi dan komitmen yang diberi amat baik.

“Mereka juga memberi jaminan bahawa semua masalah saya dapat diselesaikan kerana berada di landasan betul untuk mendapatkan apa-apa keperluan yang saya hendak tadi.

Ahmad Osman.

“Disini semua Exco ada turun, rasanya kalau kita ada menghadapi masalah, mereka semua ini akan sedia membantu 100 peratus, dan program ini bagi saya sangat bagus dan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual bersama MG Perak di Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 4 Tahun 2024 di Dewan Merdeka, Seri Manjung, di sini pada Isnin.

Tambah beliau, pilihannya ke program tersebut sangat tepat kerana masalah yang diadukan dapat selesai dengan segera hasil kerjasama dan maklumat yang diberikan kepadanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 di Dewan Merdeka, Seri Manjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Sementara itu, Samsusah Man, 47, menggunakan kesempatan dengan sebaiknya menghadirkan diri ke program itu untuk mengadukan permasalahan berkaitan longkang di sekitar kediamannya.

“Saya cuba nak mohon longkang di belakang rumah saya kerana saya dapat rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT), longkangnya tiada.

“Saya cuba datang kesini untuk memohon dengan Datuk Seri Menteri Besar Perak, dan setakat ini saya dah ajukan (masalah saya).

Samsusah Man

“Kalau ikutkan hati, saya memang mengharap lah agar masalah saya ini dapat diselesaikan, kerana saya yakin dengan berjumpa Menteri besar, beliau mampu buat apa yang saya nak.

“Saya rasa program ini amat bagus kerana dia akan tahu masalah rakyat, kalau kita duduk diam sahaja, kita tidak tahu apa masalah kita sendiri dan pada siapa kita nak ajukan, jadi kita kene jumpa dan adukan,”ujar beliau. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI