Program Mesra HBP: 96 peratus aduan berjaya diselesaikan

KUALA KANGSAR – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang dilaksanakan kerajaan negeri Perak sejak awal Januari tahun ini berjaya menyelesaikan 957 daripada 998 aduan yang diterima daripada rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kadar penyelesaian aduan itu meningkat kepada 96 peratus berbanding siri terdahulu yang hanya mencatatkan 89 peratus.

“Sehingga Siri 5, daripada 998 aduan yang diterima 957 (96 peratus) telah berjaya diselesaikan, manakala 41 (empat peratus) lagi masih dalam tindakan.

“Program turun padang ini memberi peluang kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk meneliti isu-isu semasa, terutamanya dalam usaha merealisasikan agenda Perak Sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 6 di Dewan Jubli Perak, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Program Mesra HBP: 96 peratus aduan berjaya diselesaikan
Suasana sekitar program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 6 Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OGOS 2024.

Saarani berkata, bagi Siri 6, sebanyak sebanyak 69 kaunter aduan telah dibuka melibatkan kesemua portfolio kerajaan negeri yang turut disertai ketua-ketua jabatan, termasuk Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran bagi memastikan keberkesanan program.

“Daerah Kuala Kangsar yang diiktiraf sebagai Koridor Pelancongan Diraja Global, dapat memanfaatkan program ini untuk membangunkan potensinya dan seterusnya memberi nilai tambah kepada penduduk sekitar.

“Pada hari ini, sebanyak 177 aduan telah diterima daripada penduduk dan kerajaan negeri memandang serius setiap isu yang dibangkitkan dan beriltizam untuk menanganinya dengan teliti,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

BN Perak tidak pinggir komponennya

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI