Program Mobiliti Pelajar buka kerjasama PUO, Politeknik Korea Selatan

IPOH – Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa dari Politeknik Korea Selatan, iaitu Kampus Seoul Jongsu ke Politeknik Ungku Omar (PUO) membuka kerjasama baharu dalam bentuk dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dari dua institusi itu.

Dalam satu kenyataan PUO memaklumkan, program yang berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos itu memberi pendedahan kepada bidang berkaitan kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT), dan robotik.

Program Mobiliti Pelajar buka kerjasama PUO Politeknik Korea Selatan bidang institusi pengajaran dan pembelajaran
Sekitar Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa dari Politeknik Korea Selatan, Kampus Seoul Jongsu ke Politeknik Ungku Omar yang berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos lalu. Foto Politeknik Ungku Omar.

Ketibaan delegasi Korea Selatan pada Selasa minggu lalu itu diraikan Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin, serta Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah.

Katanya, menurut Shamsuri, program mobiliti antarabangsa itu menawarkan pendedahan dan latihan praktikal berkenaan penggunaan teknologi terkini melalui perkongsian pengetahuan serta kepakaran dari Politeknik Korea.

Program Mobiliti Pelajar buka kerjasama PUO Politeknik Korea Selatan bidang institusi pengajaran dan pembelajaran
Sekitar Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa dari Politeknik Korea Selatan, Kampus Seoul Jongsu ke Politeknik Ungku Omar yang berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos lalu. Foto Politeknik Ungku Omar.

“Pelajar dari kedua-dua negara berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang yang semakin penting ini.

“Program ini juga mendapat sokongan daripada pihak industri, Galaxy Group of Companies,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, PUO turut menerima 20 kit pembelajaran berkaitan robotik dan IoT dari Politeknik Korea.

Katanya, kit itu bertujuan membantu pelajar PUO dalam meneruskan sesi pembelajaran
dan meneroka ilmu melalui pendekatan pembelajaran interaktif.

Program Mobiliti Pelajar buka kerjasama PUO Politeknik Korea Selatan bidang institusi pengajaran dan pembelajaran
Sekitar Program Mobiliti Pelajar Antarabangsa dari Politeknik Korea Selatan, Kampus Seoul Jongsu ke Politeknik Ungku Omar yang berlangsung dari 13 hingga 16 Ogos lalu. Foto Politeknik Ungku Omar.

Tambahnya dalam kenyataan sama, bengkel itu telah menghasilkan dua projek utama iaitu Projek Implementasi Rumah Pintar menggunakan Teknologi AI dan IoT berdasarkan Peranti
Pengkomputeran Fizikal, serta Projek Implementasi Lengan Robotik menggunakan Teknologi AI dan ‘Open-CV’.

“Sinergi strategik dan perkongsian pintar antara PUO, Politeknik Korea, dan pihak industri memberikan nilai tambah kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

“Ia dilihat membantu persediaan pelajar dalam menghadapi cabaran perkembangan teknologi masa kini dan akan datang.

“PUO sentiasa komited dalam menawarkan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PUO catat kemasukan pelajar baharu tertinggi di Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI