Projek air Sungai Perak ke Pulau Pinang peringkat akhir perancangan

BAGAN SERAI – Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) bagi menyalurkan bekalan air ke Daerah Kerian serta Pulau Pinang kini berada diperingkat akhir perancangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek yang akan melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu (KIGIP) di Kerian itu turut disalurkan ke Seberang Perai, Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

“Kebetulan di kawasan Kerian ada sejarah sebagaimana disebutkan Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) ada usaha besar pembangunan.

“Dengan masalah bekalan air jadi kita sudah putuskan sekarang di peringkat akhir perancangan di mana kita baik pulih dan tambah keupayaan Sungai Perak dan saliran terus ke Bukit Merah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tambah Anwar, bekalan air yang disalurkan daripada Sungai Perak ke Bukit Merah itu kemudiannya akan disalurkan ke daerah Kerian termasuk untuk kegunaan KIGIP.

“Daripada situ sampailah Seberang Perai, Sungai Bakap bagi bekalan air untuk Pulau Pinang atas jasa baik orang Perak Darul Ridzuan. Terima kasih banyak,” katanya.

15 Jun lalu, Anwar pada Majlis Peluncuran Pelan Induk KIGIP mengumumkan Kerajaan Persekutuan secara dasarnya bersetuju meluluskan peruntukan dianggarkan RM4 billion bagi pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di Kerian yang sebahagiannya akan digunakan untuk pembekalan air terawat ke Pulau Pinang.

Projek ini dijadikan keutamaan untuk rakyat Utara Perak dan Seberang Perai kerana ia adalah penyelesaian masalah air jangka masa yang panjang.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jika bekalan air di Perak dapat diuruskan dengan baik, ia boleh menyelesaikan dua masalah iaitu banjir dan keperluan bekalan air.

Oleh itu, bekalan air dari Sungai Perak bukan sahaja cukup malah berlebihan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perjanjian bekal air Sungai Perak ke Pulau Pinang tidak dapat dimuktamadkan lagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI