Projek Pusat rehabilitasi PERKESO Meru Raya siap 80 peratus

IPOH – Projek pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya kini mencapai kemajuan lebih 80 peratus.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, meskipun berlaku sedikit kelewatan, beliau yakin pusat rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara akan siap dibina menjelang akhir tahun ini.

Katanya, tambahan pula ia merupakan antara projek yang mendapat perhatian khusus daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Walaupun projek Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO itu akan siap pada tahun ini, namun ia memerlukan tempoh masa beberapa bulan untuk beroperasi.

“Ini kerana kita perlu mengadakan proses percubaan yang melibatkan peralatan teknologi robotik di samping memerlukan tenaga kerja mahir bagi menjalankan operasi sebuah pusat rehabilitasi yang sofistikated atau canggih,” katanya.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Meru Raya ✅ Related Keyphrases: PERKESO Neuro-Robotik dan Cybernics, pusat rehabilitasi terbesar Asia Tenggara, projek berimpak tinggi PERKESO, pembangunan Meru Raya, Sivanesan Exco Kesihatan Perak, teknologi rehabilitasi Malaysia
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan ketika sidang media pada Majlis Perasmian Program Penyerahan Faedah Insuran Pekerjaan dan Mini Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Wisma PERKESO Negeri Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 OGOS 2025.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Penyerahan Cek Cura dan Karnival Mini MyFutureJobs, di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri, Khairul Mizan Md Said.

Pada Ogos tahun lalu media melaporkan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO dijangka siap sepenuhnya menjelang 1 Mei 2025.

Projek berimpak tinggi yang menelan kos RM654 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas 15.57 hektar dan bakal menawarkan perkhidmatan pemulihan berkualiti kepada golongan pekerja.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, antara punca kepada kelewatan projek itu adalah atas faktor teknikal, termasuk pemasangan peralatan berteknologi tinggi.

Kata beliau, kerja-kerja struktur dan pemasangan dalaman kini sedang berjalan lancar dan kerajaan negeri akan mengadakan lawatan tapak bagi melihat sendiri perkembangan terkini projek tersebut.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Meru Raya ✅ Related Keyphrases: PERKESO Neuro-Robotik dan Cybernics, pusat rehabilitasi terbesar Asia Tenggara, projek berimpak tinggi PERKESO, pembangunan Meru Raya, Sivanesan Exco Kesihatan Perak, teknologi rehabilitasi Malaysia
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan menyerahkan Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO kepada penerima, Muhammad Haikal Rossli pada Majlis Perasmian Program Penyerahan Faedah Insuran Pekerjaan dan Mini Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Wisma PERKESO Negeri Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 OGOS 2025.

“Beberapa bulan lalu saya ada berjumpa dengan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong dan memberitahu kerajaan negeri ingin melawat tapak projek pusat rehabilitasi.

“Kita mendapat reaksi positif (daripada KESUMA) dan lawatan berkenaan akan diketuai Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) bersam Exco,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain Sivanesan menyampaikan faedah serta bantuan PERKESO kepada 16 individu dalam kalangan pencarum dan waris dari sekitar Ipoh.

Mereka menerima faedah terdiri daripada pencarum dan waris Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) termasuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) serta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). – MG Perak

 

Artikel  Berkaitan:

Ramai petugas media belum mencarum skim PERKESO

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI