PRR Perak kini memasuki fasa pelaksanaan aktif – Exco

IPOH – Program Residensi Rakyat (PRR) di Perak kini berada pada fasa pelaksanaan yang aktif bagi memastikan keperluan perumahan rakyat dapat dipenuhi.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sehingga Oktober lalu, terdapat 843 permohon PRR yang masih menunggu untuk menduduki kediaman tersebut.

Menurutnya, bagi tahun 2025 sahaja, permohonan baru untuk menduduki PRR adalah sejumlah 378 pemohon.

“Bagi projek PRR di Lenggong, surat pelantikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sebagai agensi pelaksana telah diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PRR Perak memasuki fasa pelaksanaan aktif
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2025.

“Projek tersebut kini dalam proses penyelarasan dokumen termasuk Client Brief of Requirement (CBOR), Anggaran Kos Awalan (AKA) dan Schedule of Accommodation (SOA) sebelum perolehan bagi pelantikan kontraktor dibuat melalui tender terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan S Wasanthee (PH-Hutan Melintang) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Sementara itu, bagi PRR Tambun, Sandrea memaklumkan, berdasarkan maklumat daripada KPKT, sesi taklimat tender telah diadakan pada 23 Oktober 2025.

“Tarikh tutup tender ditetapkan pada 24 Disember ini dengan proses penilaian dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tersebut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM8.5 juta peruntukan perumahan kepada rakyat di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI