PTG Perak sumbang hasil tertinggi

IPOH – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak menyumbang hasil tertinggi sebanyak RM914.94 juta, iaitu 68.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.37 bilion, bersamaan 107.81 peratus.

Pegawai Kewangan negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin berkata, pencapaian itu menjadikan Perak lima negeri terbaik dalam tadbir urus kewangan serta menerima pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2023.

“Bagi memastikan pengurusan kewangan berada pada tahap terbaik, setiap pegawai pengawal dan ketua jabatan perlu memberi perhatian yang serius terhadap isu-isu berkaitan dan sentiasa mengambil langkah proaktif berhubung perkara tersebut menerusi jabatan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Literasi dan Apresiasi Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2025 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Dalam pada itu, Mohd Zaki berkata, pengurusan perolehan dan gaji perlu segera diperbaiki, antaranya ketidaksesuaian atau kelewatan dalam menyediakan Bon Pelaksanaan.

“Kesilapan dalam menentukan kaedah perolehan, kelewatan penyediaan dokumen kontrak, serta kegagalan dalam pelaksanaan pengiraan kenaikan pangkat yang mengakibatkan lebihan bayaran.

“Kelemahan-kelemahan ini antara lain berpunca daripada kecuaian dalam mematuhi peraturan dan prosedur, kurang teliti dalam merancang proses perolehan, serta kekurangan pemantauan dan penyeliaan yang kerap,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DUN Perak lulus belanjawan negeri RM1.52 bilion

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI