Pusat operasi K9 keempat bakal beroperasi 2029, telan belanja RM19 juta

KUALA LUMPUR – Pusat Latihan Operasi Unit Anjing Pengesan (K9) keempat akan dibina di Bertam Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, pusat operasi pertama seumpamanya di utara tanahair itu menelan belanja RM19 juta dijangka akan meningkatkan kecekapan masa tindak balas yang kini bergantung kepada pusat operasi K9 di ibu negara.

“Pembinaan fasiliti ini akan dibuat di atas tanah rizab seluas lima hektar yang terletak berhampiran Pangkalan Udara Wilayah Utara dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam.

“Jika tiada halangan, proses tender dijangka dibuka seawal penghujung tahun 2026. Fasa pembinaan pula akan berjalan pada tahun 2027 sebelum operasi dimulakan pada awal 2029,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Sentuhan Kejayaan 2025 Kwmentei Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang turut dihadiri menterinya, Nga Kor Ming di Pusat Operasi K9 Taman Sri Sentosa hari ini.

Menurutnya, pusat ini akan meliputi kawasan operasi di utara tanah air termasuk di Perak dan kawasan Cameron Highlands.

Nor Hisham berkata, antara faktor mendesak yang menyebabkan JBPM membuat keputusan untuk membuka satu lagi pusat operasi K9 adalah disebabkan faktor jarak dan kesiapsiagaan pasukan itu di kawasan utara.

Katanya, perjalanan untuk membawa anjing-anjing pengesan akan mengambil masa yang panjang disebabkan jarak dan kebolehcapaian sesuatu kawasan.

“Apabila ada insiden di kawasan utara utu, pergerakan anjing tu dia agak ambil masa yang lama. Keupayaan kita khususnya dalam apabila kita tangani insiden berkaitan dengan dua perkara utama ialah forensik penyiasatan kebakaran.

“Bila tempoh yang lama diambil untuk pergerakan anjing ini, kita khuatir bukti itu akan terperuap dan kemungkinan untuk kita dapat bukti kebakaran itu rendah,” katanya lagi.

Untuk rekod, unit K9 kini mempunyai 34 ekor anjing sedia ada yang masih berkhidmat dalam tempoh 15 tahun.

Malah selepas perolehan terakhir pada 2017, kerajaan sekali lagi telah meluluskan perolehan 16 ekor anjing pengesan baharu bagi disiplin penyiasatan kebakaran (10 ekor) dan UDSAR (6 ekor) dari United Kingdom dengan kos keseluruhan RM2.4 juta, termasuk peruntukan tambahan RM6 juta daripada NADMA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI