Pusat Penamaan Calon PRK Ayer Kuning ditutup

TAPAH – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning ditutup pada jam 10 pagi selepas sejam dibuka bermula jam 9 pagi tadi.

Pengumuman berkenaan dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Dewan Merdeka, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu penyokong calon setiap parti yang bertanding mula berkumpul di sekitar Pekan Tapah bermula jam 7 pagi meskipun pusat penamaan calon dibuka jam 9 pagi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian pada 26 April dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April depan.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding pada hari ini hingga 11.59 malam 25 April ini.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586). -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI