Pusat Rehabilitasi PERKESO di Meru Raya siap 63.05 peratus

IPOH – Projek pembangunan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya, dekat sini sudah mencapai kemajuan 63.05 peratus.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan 11 blok utama kini telah memasuki fasa pembinaan pesat.

Katanya, kesemua blok dengan fungsi berintegrasi perkhidmatan Neuro-Robotik dan
Cybernics, rawatan rehabilitasi konvensional serta perubatan tradisional itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 1 Mei tahun hadapan.

Pusat Rehabilitasi PERKESO di Meru Raya siap 63.05 peratus Steven Sim
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya, Jumaat lalu. Foto IHSAN PERKESO

“Pusat Rehabilitasi ini dilengkapi teknologi robotik terkini, termasuk rawatan neurorobotik
dan Cybernics dari Jepun.

“Malah kemudahan serta perkhidmatan akan tertumpu kepada rehabilitasi perubatan dan vokasional yang holistik, berdasarkan konsep rehabilitasi sepanjang hayat,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan PERKESO.

Terdahulu kenyataan sama memaklumkan, Steven Sim mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan pusat rehabilitasi yang terbesar di Asia Tenggara itu bagi meninjau perkembangan terkini projek pembangunan, Jumaat lalu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Daftar dan carum pekerja sebelum 31 Mei atau berdepan pendakwaan – Perkeso

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI