Rafizi selar Pas: Hati-hati menunggang, takut nampak bangang

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menempelak pemimpin Pas yang didakwa berkali-kali menukar pendirian dalam tempoh seminggu berkait isu krisis institusi kehakiman.

Menurut Ahli Parlimen Pandan berkenaan, sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat supaya beliau menyertai himpunan `Turun Anwar’ sebelum Pas bersetuju dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, selepas dikecam rakyat, kata Rafizi, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pula menyebut kenyataan Tuan Ibrahim itu bukan pendirian Pas, sebaliknya parti itu menyokong cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat krisis institusi kehakiman.

Namun, sehari kemudian, dakwa Rafizi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula membuat pusingan U dengan menegaskan pembangkang menolak cadangan penubuhan RCI tersebut.

“Dalam seminggu, PAS berubah pendirian 3 kali. Ini mirip kepada kebolehan PAS menjatuhkan hukuman yang berbeza-beza mengikut keadaan, asalkan boleh tunggang,” katanya menerusi kenyataan video yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, isu kebebasan badan kehakiman sepatutnya diberi perhatian oleh semua pihak tanpa mengira laba politik.

Namun, akhirnya, ujar beliau, yang lebih lantang bersuara adalah backbencher (penyokong) kerajaan kerana pembangkang hanya berminat untuk `tebuk atap’ supaya dapat menjadi menteri semula.

“Memang susah untuk tidak menunggang kalau satu-satunya strategi politik yang ada adalah menunggang.

“Tapi hati-hati, kalau Pas salah tunggang, nanti nampak banging,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi serta lapan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.

Dalam sidang akhbar yang turut disertai enam Ahli Parlimen PKR lain, mereka turut membangkitkan berkenaan dakwaan seperti pencalonan hakim yang tidak diangkat; pelantikan utama yang tergendala dan prosedur mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dipersoalkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI