Rafizi ‘serang’ kerajaan Madani: Pas–PN raih ‘durian runtuh’?

KUALA LUMPUR – Kritikan terbuka bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berpotensi menjadi ‘durian runtuh’ kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16).

Aktivis Pas, Lokman Bonyamin mendakwa, serangan figura penting PKR itu boleh membuka ruang luas kepada Pas dan PN untuk meraih sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu yang semakin sensitif terhadap isu kestabilan kerajaan.

Menurutnya, situasi tersebut ibarat ‘rezeki terpijak’ buat pembangkang apabila kerajaan dilihat berdepan pergeseran dalaman sendiri.

“Bagi Pas dan PN, situasi ni memang ‘durian runtuh’. Mereka tak payah buat kerja kuat pun, bila kerajaan nampak berpecah atau bercelaru sesama sendiri, pengundi Melayu terutamanya akan lebih senang ‘swing’ ke arah PN sebab nampak lebih stabil dan konsisten.

“Situasi ini memang boleh ubah pandangan pengundi menjelang PRU16. Kalau jurang antara ‘janji’ dan ‘realiti’ ini makin besar, tak mustahil sokongan pengundi atas pagar akan beralih arah sebab mereka mahukan kepimpinan yang fokus, bukan yang sibuk berbalas kritik dalaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lokman turut menegaskan, Rafizi sebagai ‘arkitek’ utama PKR bukan figura biasa, sebaliknya individu yang cukup memahami denyut nadi dalaman parti dan kerajaan.

Aktivis Pas, Lokman Bonyamin

Katanya, apabila tokoh seperti Rafizi sendiri mula lantang mengkritik, ia memberi isyarat jelas wujud ‘friction’ atau ketidakpuasan hati yang selama ini tidak terlihat di permukaan.

“Rakyat (terutamanya penyokong PH) masih menunggu hasil nyata reformasi institusi. Kalau menteri sendiri nampak macam tak puas hati, ia gambarkan naratif reformasi ini mungkin tengah tersekat pada birokrasi atau kompromi politik.

“Walaupun data makro nampak cantik, tapi realitinya ekonomi rakyat di bawah masih sesak. Isu hutang negara memang jadi beban, tapi rakyat lebih pandang pada kuasa beli mereka yang makin mengecil.

“Bila suara kritikal datang dari dalam, ia bagi persepsi yang strategi ekonomi sekarang belum cukup ‘kick’,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan situasi ini berpotensi menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada kerajaan sendiri apabila rakyat masih mengingati pendekatan dan ‘formula’ lama yang pernah dibawa Rafizi sebelum ini.

“Kalau subsidi atau harga minyak tak diurus dengan cermat tanpa bebankan M40, ini memang titik paling lemah yang senang kena serang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI