Rakyat Malaysia dinasihat jauhi kawasan protes di UK

KUALA LUMPUR – Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) yang semakin membimbangkan.

berikutan itu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke united Kingdom (UK) supaya menjauhi kawasan protes.

Dalam masa yang sama beliau menyeru rakyat Malaysia yang berada di negara itu mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, bagi memudahkan urusan berkaitan keselamatan.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berada di tempat yang dijangka menjadi kawasan sasaran, sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita dapat tahu mereka berada dalam keadaan baik,” katanya seperti dipetik Bernama.

Jelas beliau, protes di negara Eropah ketika ini dilihat sebagai pola baharu kebangkitan puak kanan yang menunjukkan sikap toleransi amat rendah dan beliau berharap insiden itu tidak merebak

Tambahnya, penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial juga berisiko mengundang bahaya dan memberikan masalah kepada sesebuah negara.

Semalam, Kementerian Luar menerusi kenyataan berkata, ia sentiasa memantau siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan di UK susulan kejadian tikaman di Southport pada 29 Julai lalu. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI