Rakyat perlu sokong PM bangunkan semula Gaza – Altimet

KUALA LUMPUR – Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat global terutamanya Palestin amat membanggakan.

Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang lebih popular dengan panggilan Altimet berkata, Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.

Kata Altimet, langkah ini menonjolkan kedudukan Malaysia sebagai negara dihormati masyarakat antarabangsa, terutamanya apabila projek ini bukan sahaja membantu membina semula Gaza tetapi juga mempromosikan model wakaf unik dan inovatif.

“Ini adalah cerminan Malaysia Madani yang menjunjung nilai kemanusiaan sejagat dan solidariti bersama rakyat Palestin.

“Kita sekarang di fasa bukan sekadar menggantung bendera Palestin tapi bersedia untuk membantu saudara seIslam kita yang mula berada di fasa pemulihan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Altimet menegaskan rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan segelintir yang ‘cemburu’ dengan pengiktirafan diterima oleh Anwar sehingga memperlekehkan usaha murni ini.

Katanya, rakyat ketepikan polemik dan menyokong usaha yang membawa manfaat kepada umat sejagat.

“Seperti kata pepatah, “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Bantuan seperti ini tidak akan memiskinkan kita, malah ia adalah pelaburan untuk kesejahteraan umat manusia,” katanya.

Katanya lagi, Projek Bandar Wakaf itu juga adalah bukti nyata keprihatinan dan kepimpinan Malaysia di mata dunia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI