Ramai kakitangan kontrak Petronas yang diberhentikan – PM

KAJANG – Pemberhentian kira-kira 5,000 kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu membabitkan penjawatan berstatus kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kabinet akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Ramai yang kontrak (ditamatkan perkhidmatan) dan kita akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pihaknya mengurangkan 10 peratus pekerja dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu.

Tengku Muhammad Taufik berkata, langkah itu susulan keadaan keseluruhan industri minyak dan gas tidak berapa baik pada masa ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI