Ramai tepuk tangan bila saya umum calon PH kalah – Lip Eng

KUALA LUMPUR – Pengumuman kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap disambut dengan tepuk tangan oleh hadirin pada satu majlis jamuan makan.

Momen itu dikongsikan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Lim Lip Eng di Twitternya ketika beliau mengumumkan keputusan PRK tersebut pada jamuan makan malam di Selayang, Selangor.

“Malam ini di jamuan dengan beberapa ribu orang, saya mengumumkan keputusan PRK Sungai Bakap dan orang ramai bertepuk tangan,” katanya menerusi hantaran di X.

Hantaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kepong itu disertakan dengan emoji dahi berkerut.

Sementara itu, rata-rata pengikut pemimpin DAP itu berharap tepuk tangan serta kekalahan calon PH seharusnya menjadi isyarat kepada kepimpinan parti.

Menurut mereka, pemimpin PH seharusnya melaksanakan janji yang telah mereka ikrarkan sebelum menang pilihan raya umum yang lalu.

“Lihatlah apa yang telah anda janjikan dan apa yang telah anda tunaikan. Penyokong anda mengundi untuk Malaysia yang lebih baik tetapi tidak dengan mengorbankan mereka. Anda akan mendapat keputusan yang serupa di PRU. Mengapa sesiapa akan mengundi seseorang apabila mereka membuat hidup mereka sukar?” soal @cliford.

“Kuat dan jelas. Kuat dan jelas. Tertanya-tanya sama ada rakan sekerja anda yang lain akan bangun dan mula melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan atau tidak. Pilihan raya akan datang, ia akan menjadi lebih kuat dan lebih jelas,” kata @GoldfishUnc.

“Expect to win after increased (Harap untuk menang, selepas menaikkan) hari ini menang esok harga jatuh! Pi main kat bulan k,” komen @kimran2golf

“Apa yang anda jangkakan? Temui orang ramai dan anda akan mengetahui betapa tidak senang dan terbebannya rakyat!” kata @KasutManik.

“Anda fikir apa? Bukan Melayu akan sentiasa mengundi PH? Mereka boleh boikot jika kerajaan tidak menunjukkan prestasi,” kata @ThaneindranN.

Dalam keputusan PRK Sungai Bakap, calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Joohari.

Abidin, 56, secara rasmi menang dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Joohari yang meraih 10,222 undi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI