Ramalan Najib subsidi haji dipotong terbukti benar – Sian See

KUALA LUMPUR – Pemotongan subsidi kepada bakal jemaah haji yang dilaksanakan Lembaga Tabung Haji sejak tiga tahun lalu membuktikan ramalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah benar.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, sejak 2019, Najib telah meramalkan Tabung Haji akan melaksanakan langkah tersebut serta hanya membayar hibah sekitar 3.0 peratus setahun berikutan dasar pelaburan baharu agensi berkenaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, selain pemotongan subsidi haji pada 2022, 2023 dan tahun ini, kadar hibah menyusut kepada 3.05 peratus pada 2019 berbanding 6.25 peratus pada 2017 diikuti 3.1 peratus bagi tiga tahun berturut-turut mulai 2020.

“Apakah harapan bagi hibah tahun 2023? Sekiranya Najib benar maka ia juga di sekitar 3 peratus,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Jumaat lalu, Tabung Haji mengumumkan bakal jemaah haji B40 menerima bantuan kewangan sebanyak RM20,944 seorang dan golongan M40 pula menerima sebanyak RM14,418 bagi menampung keseluruhan kos RM33,300 bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu musim ini.

Walau bagaimanapun, tiada bantuan kewangan diberikan kepada golongan T20 dan mereka dikehendaki membayar jumlah penuh kos haji muassasah.

Sian See memberitahu, sejak 2019, Najib lantang mengkritik penukaran dasar pelaburan Tabung Haji sebab ia tidak mampu membina kekuatan ekonomi Islam.

Beliau menambah, Najib juga berpandangan, dasar tersebut akan menyebabkan hibah yang rendah secara berterusan dan menaikkan kos pakej haji sebab subsidi akan perlu dipotong.

“Tetapi kerajaan-kerajaan selepas itu masih membisu,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI